Apakah Penyakit ini?
* Kebiasaannya menyerang kanak - kanak di bawah umur 10 tahun.
* Tanda - tanda penyakit timbul 3 hingga 7 hari selepas jangkita virus.
* Peringkat awal, pesakit akan merasa kurang selera makan dan berasa
tidak selesa.
* Ruam yang mungkin menjadi lepuh muncul pada tangan, punggung dan
kaki sehingga merebak ke bahagian tubuh yang lain
* Ulser timbul didalam mulut pesakit.
Bagaiman penyakit ini tersebar ?
* Direct Contact dengan titisan bersin dan batuk pesakit atau rembesan
mulut dan hidung atau melalui makanan/minuman yang tercemar oleh
najis pesakit.
* Menyentuh cecair lepuh pesakit.
Adakan penyakit ini serius ?
* Komplikasi jarang berlaku.
* Penyakit tangan , kaki dan mulut yang disebabkan oleh virus EV71 boleh
dikaitkan dengan komplikasi neurologikal seperti aseptic meningitis dan
encephalitis.
Apakah yang petut dilakukan apabila anak anda menunjukkan
tanda - tanda penyakit ini.
Bawa anak berjumpa doktor dengan segera !! Patuhi nasihat yang diberikan.
Jika anak anda tidak dimasukkan ke hospital ;
* Jangan hantar anak ke Tadika, Taskan dll.
* Asingkan anak dan peralatannya dari kanak - kanak lain.
* Cuci barangan anak tersebut dengan sabun dan air yang bersih.
* Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum dan selepas
menyentuh anak.
* Bawalan anak berjumpa doktor sekiranya keadaan menjadi bertambah teruk.
Ini serba sedikit maklumat mengenai PTKM . Untuk makluman uolls Taska Adeeb dah dapat wabak PTKM ini. Risau mek , Taska ditutup sehingga 18 Mac 2009. ni... sama - samalah kita doakan adik - adik yang kena wabak PTKM ini akan cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment