Monday, December 24, 2012

Kenduri @ Lenggeng

Assalmualaikum ...

Alhamdulillah.. akhirnya selamat sudah majlis kahwin adik lelaki ku.. aishhh.. tapi yang best nya bila kat kampung  ni, jiran2 akan datang untuk membantu .. jadi nya seronok la orang ramai datang tolong , tapi tengok Mama tetap penat , sian dia .. *xpala pasni xda dah kenduri kawin lagi*  ini kira kenduri sebelah pihak lelaki , dan kenduri di sebelah pihak kami kenduri menyambut menantu .. tapi xda pulak gambar penngantin dalam camera eden ni ha...

orang kampung yang telah bertungkus lumus menyiapkan lauk pauk

macam biasa kaum hawa bersiap untuk menghidang lauk

kaum adam pulak sibuk masak2

tema kami PURPLE

keadaan sebelah pagi yang masih terkawal...

pakcik karaoke nak ke mana tu?

setakat ni itu je gambar yang ada.. aishhh... nanti update lagi la amik gambar dari camera yang lain2..

Monday, December 10, 2012

2 in 1

Assalamualaikum Wbt ...

apa yang 2 dalam 1 ? Ahad lepas saya berkesempatan jalan2 sambil makan buah @ Putrajaya . Memang best dapat makan buah puas la makan .. walaupun hujan waktu tu misi untuk makan buah tetap diterus kan hehehehe... dan sebelah malam nya pulak sempat lagi terbang ke Stadium Bukit Jalil *terbang apanya penat uolss berjalan kaki dapat parking jauh, dah lambat katanya.. sempat la bergambar bersama kumpulan Say Who Maharaja Lawak xsangka sokong Malaysia juga.. hehehehe...

durian .. durian... durian..

ambil saja nak makan berapa banyak punnn...

tengah sedap2 makan .. perasmian berlangsung siap ada nyanyi lagu Negaraku .. harus la berdiri kan..

bakul untuk sampah pun disediakan
agenda sebelah malam pulak jumpa Say Who!
Say Who Lagi

Kesimpulan nya hari ini adalah hari yang paling penat sekali ... apa - apapun .. sangat seronok... poyo...! hehehe...

Thursday, December 6, 2012

Dia dah OK

assalamualaikum...

Sejak cuti sekolah bermula ... Adeeb tinggal kat rumah kak ipar saya .. sejak cuti sekolah bermula juga la.. Emir sibuk nak ikut abang dia duduk sama2 kat rumah kak ipar.. Oleh kerana Aidil masih kategori kanak - kanak ribena , perlu ada orang dewasa untuk menjaga dia .. mama terpaksa la hantar juga Emir ke Taska .. setiap pagi juga la macam - macam kerenah , nak itu la nak ini lah .. sampai ente fenin laa... tapi pagi tadi elok je dia ke taska siap dia pulak yang cakap "emir tak nangis kan ma?" mama dia apalagi terus la puji2 .. siap cakap nak belikan hadiah la apa la ... pengasuh pun terkejut sebab ari ni tak nangis.. tadi mama dah melaporkan berita gembira ni kat papa .. minta papa yang belikan hadiah ahahhaaha... mama yang janji papa yang jadi mangsa... macam - macam la Emir minta pagi tadi sebelum masuk pintu taska tu.. nak helikopter la.. kereta control la.. lori la.. xpa la Emir janji Emir OK...

Eid 2012
adik selalu ingat kat abang .. kalau gi kedai mesti ingat  nak beli something untuk abang.. agak - agak nya sapa sapa yang anak no 2 memang cam tu ke ?

notakakiadikberadik: abang pun kadang2 ingat jugak kat adik...

Monday, December 3, 2012

Berbaik Sangka

Salam semua,

Pejam celik , pejam celik dah masuk bulan Disember , kata orang dah hujung tahun .. kalendar 2013 pun ada dah dapat.. masuk je tahun 2013 nanti bermakna umur pun kian bertambah .. orang pun akan bertanya apa azam baru kita .. tak kira la apa pun janji azam tu mestilah azam perkara yang baik2 kan...mana ada orang berazam nak buat perkara tak elok.. pagi tadi pun masa Monday Buzz, one of our staff shared something yang boleh kita guna dalam kehidupan seharian kita dan ianya sangat bagus..its about Husnuzon and Suuzon. Husnuzon itu adalah berbaik sangka/positif Suuzon berburuk sangka /negatif.. so saya sangat yakin kalau ada pembaca blog saya ini *follower pun sorang jerk* hehehehe.. mesti tahu apa itu perkara yang positif dan juga apa itu perkara negatif .. saya kongsikan sedikit info yang saya dapat tadi untuk kita bersama..

 Fadhilat Husnuzon
  • mengerat silaturrahim sesama manusia 
  • membersihkan hati dari titik hitam
  • mengelak berlaku penyesalan kerana menuduh manusia lain tanpa bukti  

Bahaya Suuzon
  • boleh terjadinya fitnah, pecah belah masyarakat
  • merupakan satu dosa besar
  • mengundang malapetaka  
ok  ... itu la sedikit sebanyak yang saya dapat hari ini untuk dipanjang - panjang kan kepada semua supaya sama - sama dapat memeperbaiki diri sendiri disamping menjaga hubungan sesama kita.

notakaki:tak salah jika kita berprasangka baik pada orang lain.

Sunday, December 2, 2012

Selamat Pengantin Baru

Salam semua...

hehehe.. apa kes? belum tulis apa - apa dah 'hehehee' ... ni nak wish Selamat Pengantin baru kat adik lelaki ku yang dah sebulan lepas bersanding.. maap la ye dik non... la ni baru berkesempatan ... di sebab kan nak juga masuk kan dalam blog kakak mu yang cute ini...maka nya sengaja la kakakmu ini mengambil tarikh sama tapi bulan je lain heheheeh tak kisah la kan.. ok.. yang pertama nak ucap selamat datang ke alam perkahwinan semoga bahagia dan yang paling penting sabar dalam mengharungi alam rumah tangga ... gambar yang ada cuma gambar kakak dan adik lelaki nya sahaja.. gambar bersama pengantin perempuan ada kat camera orang lain la pulak nanti update gambar ngan pengantin perempuan pulak ...

kakak & adik

 notakakipengantinlelaki : Majlis sambut menantu akan dilangsung kan pada 23 Disember nanti ..
 
Saturday, December 1, 2012

Suria Cherating Beach Resort

Mengimbas kembali percutian singkat kami sekeluarga di Suria Cherating Beach Resort, hmmm... dah nama pun percutian singkat kan.. jadi nya memang singkat sebab pergi sini cuma 2 hari 1 malam... saja bawa anak - anak jalan hehehehe... yang seronok sangat mestila Adeeb & Aidil dapat mandi kolam kan.. percutian ni pun dah lama rasanya akhir bulan 6 yang lepas.. saja tengok koleksi gambar yang ada saja la nak masuk kan gambar ni dalam blog maklumla cuti sekolah ni mood bercuti tu hari2 ada.. heheehe kalah budak sekolah!    
mama yang lebih ...
 
Abang & Adik

Friday, November 30, 2012

Semoga Cepat Sembuh..

Salam...

Siapa sakit ? Sakit apa? *ecehhh kontrobersi sangat khennn* ok.. sebenar nya papa saya kena kayap.. masa dapat panggilan dari kakak saya terkejut juga.. dah la masa tu xtau lagi papa sakit apa sebab doktor xda lagi untuk buat pemeriksaan tapi sebab keadaan papa yang dalam kesakitan dia di tahan wad sehingga doktor sampai untuk periksa sakit apa... masa tu makluman yang saya terima dari mama dan jugak kakak saya .. bahagian pipi bengkak kemerahan gusi sakit telinga sakit bibir pun dah bengkak sikit... saya pun ambil anak - anak terus ke hospital.. sampai kat sana baru dapat tahu rupa  rupanya papa kena 'kayap' adoiyaiii... sian la pulak 'kayap' ni kan kalau kena sakit .. kena pulak kat bahagian pipi .. telinga boleh kata sebelah muka la cuma tak kena kat mata... mengikut kata doktor papa akan di tahan wad sehingga sembuh.. Semoga papa cepat sembuh... 

ambil kesempatan semasa pesakit tiada... seronok betul dorang lepaking atas katil pesakit..

notakaki: boleh baca kat biovco.com tentang kayap ni

Thursday, November 29, 2012

Alhamdulillah...TQ

Salam...

Mesti staff satu bumbung dengan saya sekarang ni tengah sengih - sengih , senyum - senyum sorang - sorang  pastu dah berangan - rangan .. bila dapat tahu tentang pengumuman bonus muktamad petang tadi.. aishhh.... tak yah cakap orang la kan.. diri sendiri pun dah asyik senyum kambing jer dari tadi.. *senyum kambing pun tetap maintain cunn hehehe* masing - masing mesti punya hasrat nak buat apa .. ada yang nak g melancong ada yang nak beli kereta baru .. x ketinggalan ada yang nak simpan je lagi bagus kan..kan..kan... terima kasih tuan CEO meluluskan bonus muktamad yang mampu buat staff tersenyum... bila dapat tahu je tadi ramai la yang kecoh sana sini ceria la opis ni tadi semangat betul... ok la itu saja untuk hari ni sekiannnnnn.....

notakaki: jangan lupa baju sekolah anak belum beli lagi...

Universal Studios Singapore 12.11.12

Salam semua...

hmmm .. xtau nak start dari mana dan bagaimana.. hahahaha... *poyo betul la ko ni.. aku tumbuk nanti.. *ala2 johan dalam MLM boleh?* yang pastinya nak ucap terima kasih la dulu kan kat En Mizi sebab bawa kami jalan - jalan USS...ok, cuti sekolah kali ni saya berkesempatan jalan - jalan ke USS bersama famili , walaupun penat memang penat sangat tapi seronok memang seronok sangat .. hayohhh berbelit belit sudah... dan saya pun berkesempatan la nak kongsi juga pengalaman saya ke USS dalam blog yang cute ni ... saya ke USS ambil pakej New York Hotel... shuttle bus disediakan..lepas selesai breakfast kat hotel..kami bertolak dalam jam 9:30 pagi. Lepas turun naik bas untuk urusan imigresen, jalan nak masuk ke Singapore xda la jem sangat mungkin hari Isnin hari bekerja kan..kami sampai di USS jam 11:00 pagi... teruja la sikit kan.. tengok itu ini yang ada kat USS tu.. dan orang pun boleh tahan ramai juga.. nak kena beratur lama juga nak masuk setiap permainan kat situ.. orang2 yang ada kat USS tu pun macam saya juga kan ambil kesempatan cuti sekolah untuk jalan2.. OK nak tulis banyak2 dah ketandusan idea ni.. excited nak tunjuk gambar je.. kekeke...so layan la gambar gambar yang lulus untuk paparan dalam blog ni.. huhuuhu...

dalam bas.. ambil tempat belakang sekali saya ni pening skit kalau naik bas.. tu yang pilih belakang sekali tu tempat duduk tinggi sikit kan... nampak tak muka Emir yang tak cukup tidur tu.. jenuh suruh tidur awal sibuk nak main jer ...
Keceriaaan terserlah di wajah ahli rombongan!

Masa ni da nak masuk Singapore dah siap isi White Card

hello Universal Studios Singapore!

Ecehhhh!

sama tapi x serupa

Indah sungguh istana beta

seronok nya Aidil
   
berehat sebentar masa ni dah penat dah ni..
masa untuk balik..bye bye USS...

Itu la serba sedikit foto yang saya nak share , banyak lagi tapi xkan nak letak semua dalam ni kan...bab permainan lak memang superb ! kepada yang menyimpan hasrat nak ke USS tu pergilah tak rugi pun *aku ni ntah orang keberapa la yang cakap best ni kan yang pasti bukan org pertama la kan*

notakakiuniversalstudios: berangan nak jejak kaki kat semua Universal Studios yang ada..puiii!!

Friday, November 9, 2012

Selamat Bercuti ...

Salam,

hari ini merupakan hari akhir musim persekolahan bagi tahun 2012 *pergghhh ayat macam Pengetua sekolah* senang citer musim cuti sekolah dah bermula... apa plan uolss.. yang pasti nya mesti ada plan untuk bercuti bersama keluarga kan? hmmm ... apapun saya doakan semoga kalian semua selamat di mana jua anda berada dalam atau luar negara *almaklumla airasia kan selalu buat sales now everyone can fly katanya*... ok .. so apapun tu je yang saya nak coretkan dalam blog saya yang cute nih ... *dah xda modal ke nyahhhh!!* dan sama sama la kita menjaga keselamatan walau dimana jua kita berada... 

DADA DIDI DUDU......

Singapura Aku Datang! hehehehe....

*gambar di ambil dari google

Thursday, November 8, 2012

Hobi Baru..

ok.. saya dah rajin... hehe *baru update blog semalam ngan hari ni dah kata rajin huh! hmm saya nak cerita pasal hobi baru saya .. sebelum2 ni ada jugak la baca - baca novel .. pastu dah laaammmaaaaaa... sangat x baca novel *ha kauuuu!! lama betul tu  sekarang ni sejak dua menjak ni minat untuk membaca novel kembali dalam diri saya ni..dan sebenar nya *ecehh dah macam lagu Yuna saya ni ikut suka hati jer nak baca mana satu bukan macam sesetengah orang yang memang mempunyai minat mendalam terhadap novel ye la mana tak nya ada yang sampai buat koleksi novel novel yang dorang ada kan silap silap ada yang dah ada beratus novel koleksi peribadi dan mungkin orang orang macam ni dah minat dengan membaca novel sejak muda belia lagi kan... seingat saya mula2 saya start baca novel Kau Yang Satu tu pun pinjam housemate punya masa zaman zaman bujang dulu sebab member sorang ni memang suka baca novel pastu Ombak Rindu dan ada satu dua lagi tajuk dah tak ingat.. haa kan dah cakap awal2 tadi.. baca ikut mood jeee jadi selama saya berada di muka bumi hampir 3 dekad ni boleh kira ngan jari je berapa novel yang saya dah baca... lagi satu kalau dulu2 tu nak baca novel mesti pilih yang tak lebih 500m/s bukan apa saya  ni ada masalah sikit bab2 membaca nih.. silap2 novel tu yang baca saya hahahaha... lawak tak? ok la tu cerita dolu kala.. ni nak cerita yang sekarang pula.. nak dijadikan cerita semenjak keluar nya cerita Adam & Hawa saya ni pun tergedik gedik la nak baca novel Adam & Hawa ni bukan nya apa , rasa cam dah tak sabar sangat dah nak tau cerita nya camna kan... novel Adam & Hawa tu pun pinjam officemate punya .. rupa - rupanya member sorang ni pun memang minat baca novel jugak tapi almaklumla kaum hawa yang dah berumahtangga ni kan banyak masa terbatas bukan terbatas apa nya.. ye la banyak benda nak diuruskan.. faham faham je la ye kaum2 ibu diluar sana.. ok2 lepas baca cerita Adam & Hawa tu rasa nak baca novel lain pulak saya beli sendiri *kene ke tulis beli sendirimungkin kepada mereka yang memang minat dengan novel kata saya ni ketinggalan zaman hehehehe.. sebab nya baru la terhegeh - hegeh g beli novel Kasih Yang Suci a.k.a Nora Elena dalam tv3 dulu tu kan... dan sememangnya tak rugi beli dan baca novel ni walaupun kemungkinan besar saya adalah orang terakhir yang tahu novel ni best saya xkisah hahaha...lepas baca novel tu ingat dah x minat dah nak baca novel kan.. member sorang ni recommend satu novel ni pergi la beli novel tu Andai Itu Takdirnya novel ni memang pergggghhhhh.... tangkap leleh nangis tak hengat *jangan la nak lebih sangat keekeke memang sedey la cerita ni apapun mesti la happy ending kan ... tak habis setakat itu jerrr masa beli novel ni dah sampai kat kaunter bayar tu ada pulak novel2 lain diletakkan di tepi kaunter tu .. member ada cakap kalau novel yang diletakkan kat kaunter tu makna nya novel tu ala2 novel terlaris gittew.. masa beratur tu mata ni sibuk nak tengok novel2 kat kaunter tu ishhh ... so tengok la satu novel ni Lafazkan Kalimah Cintamu sambil beratur sambil baca sinopsis tetiba tertarik menarik kau memang daboommm.. tapi bila tengok tebal jugak novel ni ye la takut tak terbaca lak nanti tapi dalam tidak sedar tu rupa rupanya dah betul2 depan kaunter hmm apalagi terus je la bagi semua novel2 tu untuk dibayar so novel tu pun dah selamat dah saya baca.. memang best memang sesuai dapattitle novel terlaris .. dan sekarang ni saya baru start baca novel M.A.I.D pun best jugak cuma belum tau lagi la ending camna.. habis je baca novel ni nanti tak tahu la tapi yang pasti saya memang ada rasa minat nak membaca novel je hehehe ada sesapa boleh recommend novel mana yang best ... kalau ada tinggal - tinggal kan le komen .. okey .. dada didi dudu....   

Wednesday, November 7, 2012

Assalamualaikum .....

hmmm...satu Malaysia heboh dengan Janji Ditepati, tapi saya janji tinggal janji je... al kisah nyaaa... kemalasan di campur dengan kesibukan maka tak update la blog saya yang cute ni... ok.. lupakan yang lama kita mula yang baru *ecehhh cover line nampakkkk...ni nak citer sikit nih .. untuk pengetahuan semua dan semua telah tahu ramai dikalangan masyarakat Malaysia kini sedang sibuk mengikuti drama ADAM & HAWA tak terkecuali saya.. yeee  S.A.Y.A .. bonus kepada drama itu adalah pelakon2 dalam drama itu siapa lagi kalau bukan jengjengjenggggg... AARON AZIZ , NADYA NISSA dan ramai lagi pelakon - pelakon yang hebat .. tapi saya nak bagi extra bonus kepada penulis novel itu sendiri *extra bonus apa yang ko nak bagi ehehe .. Saya dah baca novel ADAM & HAWA jalan cerita yang sangat menarik.. adalah sikit2 geram dengan watak - watak yang lain tu .. tapi selebihnya anda mampu tersenyum sambil membaca.. hahaha... *aku je kut yang feeling lebih masa baca novel ni .. Episod ADAM & HAWA ni pun dah sampai ke episod - 42 dah .. nasib baik boleh kautimmm ngan 2 little monster yang kat rumah tu.. kalau tak jangan harap la mama nak dapat tengok .. kalau tak Oggy , Bananas in Pajamas , Boboiboy dan ntah apa2 lagi .. dan terima kasih kepada ASTRO PVR sebab boleh record cerita2 kesukaan aku dan boleh ulang banyak kali heheeh... TETAPI... *mak oihh .. bapak bosar tulisan tu... yang lebih penting dan tiada siapa mampu menafikan nya lagi .. heheeh suspen betul .. saya nak ucap terima kasih kat En. Mizi la.. kalau en husband saya ni tak masukkan astro xda la PVR xda la ASTRO Mustika HD setiap hari dan tak boleh la nak record itu nak record ini .. kan..kan.kann.... agak2 nya kalau en husband baca ni mesti kembang kempis hidung dia kan.. heheeh * GURAU JER YEEEE... ok la selain dari ADAM & HAWA saya jugak layan MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KE - 2 tapi xdala setiap episod.. masa tayangan tu tak berapa kena time tu la nak buat itu ini kann... tapi best la layann .. tengok dorang masak masak ...gaduh gaduh .. masak masak.. nangis ... hmmm... bila cerita pasal drama , realilty show ni .. saya tetiba rasa nak sangat tengok filem Istanbul aku datang ! .. sebab yang pertama suka arahan Bernard Chauly dan semestinya nak tengok Lisa Surihani la... teruja betul tengok kecomelan Lisa dalam trailer Istanbul aku datang... nak ke en husband teman tengok wayang ni.. hehehehe...ok la saya nak sambung apa yang tak tersambung tadi *kat ofis kan skang ni..xkan nak update blog sampai petang hehhee  ok... babaiiii daaa....

Thursday, August 16, 2012

SAMPUL RAYA..

salam,

tak habis - habis lagi cerita pasal raya ye.. sampul raya dah dapat tapi duit raya xdapat - dapat lagi ni camne? tahun ni masih tak tukar color lagi sampul raya masih color hijau cuma hijau nya lain la corak pun lain la sikit.. anyway terima kasih.. bila cerita pasal sampul raya ni duit raya dah tukar ke? hehehee...

cantik kan...
bila dah pakai sampul raya company ni mesti la sepupu sepapat anak buah semua kenal sapa yang bagi kan...? haaa... faham-faham jer la ye.. budak - budak sekarang ni bagi duit raya biasa - biasa jer *biasa2 tu maksudnya sikit ler hehehe* mesti bising ... banyak ni je cik tin bagi.. hayohhh... budak2 sekarang ni .. pandai2 la sedia kan duit raya secukupnya.. 

notaduitraya: bukan anak buah jer bising dapat duit raya sikit mak pun sama jugak!

Monday, August 13, 2012

rezeki

Salam...

Seperti biasa pagi Isnin kat office ni diwajibkan hadir Morning Buzz di auditorium dan pada minggu lepas lagi kelab Idea Box ada email untuk mengetahui samada saya hadir atau tidak Morning Buzz pada hari ini.. tapi confuse juga sebab rasa2 cam dah lama jer tak bagi idea, dah tak ingat pula idea yang mana satu saya bagi dan tema apa yang saya dapat untuk anugerah Idea Terbaik ni.. so, me tunggu jekat dalam auditorium dengan penuh kesabaran *eceeehhh sabar la sangat kan?* sampai je agenda untuk Idea Box rupa rupanya saya dapat sijil penghargaan Idea Terbaik Bulanan mengikut tema bagi tahun kewangan 2011/2012. dan nak tahu tak apa idea yang saya bagi sampai dapat anugerah uolsss... hehehe.. 

Tema 1 : Cara Menghijaukan Ruang Kerja 

Idea saya : Wujudkan satu sudut/ruang HIJAU di setiap kawasan tempat kerja seperti sudut 5S. Sudut/ruang tersebut perlu ada ciri - ciri HIJAU.

Saya dapat Sijil Penghargaan & Voucher KFC. Trima Kaseehhhhh...*ala2 alleycats boleh..*

Sijil Penghargaan
Voucher ni valid setahun uolsss..cukup la untuk diri sendiri hehehe..

 lepas ni boleh la bagi idea lagi hehehe.. hadiah utama untuk penyumbang idea pada tahun kewangan ni ialah voucher Carrefour bernilai RM100. mana tahu tahun depan hadiah utama voucher ikea ke kan? *amboi verangan tak hengat*

notakakiku: tetiba teringat cheezy wedges.. nyumnyum...
 
Friday, August 10, 2012

lupa lagi...

Selamat petang ...

apa yang saya lupa.. ce teke.. ce teke.. hmm.. seperti biasa dan seperti tahun2 sebelum ni saya selalu terlupa renew driving license.. pagi tadi sampai je kat office tetiba teringat lesen kat mana ye? dah patut renew ke ? cari - cari dalam wallet , tak da pulak lesen .. dah menggelabah dah tadi.. lunch hour tadi balik umah cari sana cari sini baru teringat ada dalam beg lagi satu then tengok2 umang aihh tanjat gegirl!!  dah 3 hari lesen saya mati haiyaaa... dah la 2 - 3 hari lepas asyik berulang Kajang - KL .. nasib baik la tak kena tahan mana - mana operasi pakcik - pakcik JPJ ... kalau tak duit lagi dah la nak raya ni *ish mengomel kat diri sendiri la pula* dah tu memang kena renew la kan? nasib baik lagi sekali JPJ dekat ngan rumah senang saya masa nak renew tu terus dengan yakin nya nak renew terus 3 tahun yang best bila kita renew 3 tahun dapat free setahun so campur tolak bahagi darab dapat la 4 tahun kan? yeeaaahhhh.. then tengok license tu tarikh mati lesen 6/7/2016 tarikh mati lesen pada hari lahir saya yang ke - 33 , kalau lupa juga , tak tahu la den nak cakap apo.. menghabih an boreh yo...ini adalah amaran untuk diri sendiri ye tiada kene mengena ngan sesiapa... so sekarang saya senang hati lesen dah renew...

notakaki: dah tak takut dah kalau ada operasi pakcik-pakcik JPJ..hehehe

Thursday, August 9, 2012

Raya.. Raya .. Raya...

Assalamualaikum...
 
ish...ish..ish.. apa nak jadi ni *sambil geleng-geleng kepala* puasa tak habis lagi dah sibuk raya...hehehe.. ni nak cerita sikit ni ..kak lina kawan se opis saya ni ada jual baju kurung cotton , harga yang sangat murah RM35 je sepasang.. murah kan? dan dengan sesuka hati nya saya ambil dua pasang untuk raya ni.. jadi la untuk pakai duduk kat umah sambil tunggu tetamu bertandang...Semalam lagi kak lina dah bawa kurung cotton ni tapi bawa 2 pasang je.. saya amik la 2 pasang tu satu merah satu pink tapi sedih nya tak muat lak. aiyak...camna ni kata turun 5 kg bulan puasa ni.. agaknya saiz baju tu yang salah huhuhuhu... dan sib baik juga la saya orang pertama yang dapat tengok kurung cotton yang kak lina bawa hari ni .. dapat la saya pilih2 dulukan... gigih !!
ni buat tak sabar nak raya ni..amboi..amboi..amboi..*angkat jari ala-ala double A*. Nak kena cari tudung yang sesuai pula ni..
Bukan baju kurung je yang ada baju untuk kanak2 pun ada.. so amik jugak la satu untuk saya hadiahkan kepada cucu saya ... ha??? dah ada cucu ke? hehehe.. ye la kakak ipar saya dah bercucu jadinya cucu saya juga la kan?

 haa.. ni dia cantik tak? cantik kan ..kan..kan..???*sila angguk kepala 3 kali hehehe*

notakakicotton:siap terjah kak lina kat parking pagi tadi nak pilih dulu kaedahnya!

Monday, July 23, 2012

kebun bunga atau crumble

Assalamualaikum WBT...

hehehhe... tajuk yang sesuka hatiku ... ni nak citer skit baru2 ni aku ada beli E-Tutorial jahitan manik kalau uolls pernah dengar satu blog ni Cheq Su. Bila tengok cara jahitan manik ni nampak macam senang juga, jahitan manik corak flora ngan crumble ni antara jahitan yang mendapat sambutan. Ada lagi beberapa teknik jahitan teknik 3D pun ada. Jadinya sekarang ni aku pun nak start jahit manik untuk baju raya aku, nanti kalau hasil nya memuaskan akan ku upload dalam blog aku yang cute ni ... janji jahitan manik kat baju aku tu nanti cute jugak.. hehehehe... berbalik pada buku E-tutorial yang aku beli tu berbaloi dengan harga nya sebab beli 2 buku dapat bonus Rahsia Teknik Roda Warna. Teknik yang sangat berguna untuk kita pilih warna manik . Ecehhhh.. cam da profesional ye... harap2 aku berjaya siapkan baju raya aku ...

notakaki:jahit jangan tak jahit!

Friday, July 20, 2012

Ramadhan...

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin & muslimat...

notakaki:puasa penuh baru boleh raya!

Friday, May 25, 2012

'Elok jaga tepi kain orang'

Assalamualaikum dan selamat pagi ,

amboiiii... tajuk penuh kontroversi tak da la ...sebenarnya pagi tadi sempat juga aku beli paper , kadang2 bila asyik sangat buat kerja mesti nak rehat2 kan minda so boleh baca paper *eceehhh ayat tak boleh blah... hmm paling menarik perhatian aku kes kanak - kanak hilang. Al maklum la status aku sebagai seorang ibu mesti tersentuh bila baca kes - kes cam ni kan? Terus terang aku katakan yang aku tak dapat bayang kan kalau jadi kat aku perghhh.. gelap dunia aku ... Dalam tahun 2012 ni je dah lebih 10 kes yang melibatkan kanak- kanak hilang dan kanak - kanak di temui maut .. Ada banyak kes kanak -kanak hilang ni cuma yang aku baca ni kes yang berlaku pada tahun 2008 , kanak - kanak yang bernama Asmawi, bergenang juga la airmata ni baca kesian keluarga dia . Terutama sekali ,  ibu dia la kan.. Adik Asmawi ni hilang semasa dia balik dari taman permainan berhampiran rumah dan sampai sekarang masih belum ditemui . Ada juga kes kanak - kanak hilang dan ditemui cuma keadaan kanak - kanak tu sungguh menyayat hati , macam mana la manusia boleh tergamak menyeksa kanak - kanak ye..  Aku tertarik juga dengan tajuk yang dikaitkan dengan kes - kes seperti ni iaitu ' Elok jaga tepi kain orang' tapi ni kita ambil dari sudut positif bukan negatif.. kalau nak lebih jelas beli la Harian Metro hari ni Jumaat 25/5/2012 ada dalam muka surat A6 - A8 .. aku percaya kalau di kampung - kampung masih mngamalkan budaya ingat mengingati ni , cuma di bandar berbeza mungkin disetengah - setengah kawasan ada amalan ini... Okey la di sini aku doakan adik Asmawi dan semua kanak - kanak yang masih hilang dan belum di temui sentiasa dilindungi Allah dan Al- Fatihah buat kanak - kanak yang telah pergi selama - lamanya..

Cuti Sekolah

Hari ni last day sekolah dan bermula la cuti sekolah pertengahan tahun..Bila cuti sekolah ni kenduri kahwin pun banyak , opismate pun ramai yang nak kahwin dalam minggu cuti sekolah ni .. kad kahwin pun dah 3 - 4 keping aku dapat . Okey la kepada semua opismate yang menjemput aku ke kenduri kahwin mereka dan semua yang akan melangsungkan perkahwinan, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru , Semoga berbahagia ke anak cucu.. Aku tujukan lagu ni khas buat pasangan yang bakal meraikan hari bahagia mereka... .*tetiba teringat zaman aku naik pelamin hahahaha... selamat pengantin baru lalalala....okey.. terima lah ..

Penghujung Cintaku..

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

notakaki: anniversary lambat lagi .....

Thursday, May 24, 2012

bertemu kembali...

Haluuuu.... ni adalah entry pertama untuk tahun 2012 ni... hmm.. lama sungguh xupdate .. apa cerita uollsss... bukan blog je tak update segala- galanya xupdate ceewaahhh.. cam busy sangats... ni pulak tetiba rindu nak tengok blog yang cute ni.. then buat la sikit coretan untuk mereka2 yang baca blog aku ni.. heheh *ada pembaca ke uolsss?? untuk tahun 2012 sepatutnya aku dah terbang bercuti ke Bali, Indonesia hujung bulan Mac lepas... last year booking tiket, tapi atas sebab2 yang tak dapat nak dielakkan aku akur je dengan takdir isk.isk.. hehehe.. cite nya tarikh aku sepatutnya ke Bali , ada pulak perayaan yang di kenali sebagai 'Silent Day' haa.. kauuu.. nama pun dah silent harus la tutup mulut.. hehehe.. bukan tutup mulut je tau kedai2 pun tutup senang cite rakyat jelata penduduk Bali bercuti pada hari berkenaan  .. Mama ngan papa pun tak galakkan aku pergi lebih2 lagi mamaku.. so aku pun cancel je percutian aku tu.. kalau nak tau dengan lebih lanjut sila la cari sendiri info mengenai Silent Day ini ye... sedih jugak dah verangan nak menikmati suasana indah di Bali .. tapi tak pa , ada rezeki boleh je kalau nak plan untuk pergi lagi.. cuma aku akan lebih berhati2 untuk pilih tarikh yang sesuai.. dan baru-baru ni aku dah book tiket ke Medan tapi tahun depan baru berlepas hehehe,  kali ni aku bawa Papa & Mama sekali.. boleh kata tengah menghitung hari la ni.. harap xda apa2 masalah untuk aku bercuti nanti.. lagipun tarikh bercuti tu tarikh birthday En. Mizi .. kira birthday gift la kan.. huhuhuhhu.. ok.. dah waktu lunch ceq nak p makan sat naaa... *tetiba jadi minah kedah jumpa lagi di lain entry .. bye bye..

notakaki:bila nak g buat passport?
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

dah jejak kata ko..